fotopages.com Forum Index
Username:
Password:
Forgot your password? | No account yet?

Home Browse Community News My Account Settings Help About Signup  
Discussion forum | Share our Editor's choice | Share your Fotopage | Contests


 SearchSearch   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages 
Sejauh mana kebenarannya....??
Post new topic   Reply to topic     General Discussion
View previous topic :: View next topic  
Author Message
zainzubir



Joined: 23 Mar 2005
Posts: 213
Location: Malaysia

PostPosted: Wed Mar 30, 2005 4:47 am    Post subject: Sejauh mana kebenarannya....?? Reply with quote

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sedia maklum Kak Zain baru didalam komuniti Fotopages (M) ini. Apabila Kak Zain memberitahu suami bahawa Kak Zain baru joined fotopages dan telah upload beberapa images, feedback suami kebanyakannya negatif, amat sedih sekali jika ada kebenaran pada komen yang diberikan. Antara komen yang dimaklumkan, dipejabatnya telah tidak asing lagi dengan Fotopages. Menurutnya lagi, fotopages telah digunakan untuk tujuan "kurang baik" seperti untuk tujuan "memasarkan diri", oleh segelintir. Tidak perlu Kak Zain elaborate maksud "memasarkan diri" tersebut. Kak Zain telah melihat few links tetapi semua amat menarik. Jadi sejauh mana kebenaran komen negatif mengenai Fotopages ini? Maklum balas dari komuniti amat dihargai, sekurang-kurangnya apabila kita memperkenalkan link kita kepada saudara mara dan kenalan lain, kita tidaklah berasa "malu" disebabkan oleh mungkin (jika ada) "nila setitik" ini. Sad
_________________
http://zainzubir.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
rafi



Joined: 27 Oct 2003
Posts: 246
Location: Malaysia

PostPosted: Wed Mar 30, 2005 9:40 am    Post subject: Re: Sejauh mana kebenarannya....?? Reply with quote

zainzubir wrote:
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sedia maklum Kak Zain baru didalam komuniti Fotopages (M) ini. Apabila Kak Zain memberitahu suami bahawa Kak Zain baru joined fotopages dan telah upload beberapa images, feedback suami kebanyakannya negatif, amat sedih sekali jika ada kebenaran pada komen yang diberikan. Antara komen yang dimaklumkan, dipejabatnya telah tidak asing lagi dengan Fotopages. Menurutnya lagi, fotopages telah digunakan untuk tujuan "kurang baik" seperti untuk tujuan "memasarkan diri", oleh segelintir. Tidak perlu Kak Zain elaborate maksud "memasarkan diri" tersebut. Kak Zain telah melihat few links tetapi semua amat menarik. Jadi sejauh mana kebenaran komen negatif mengenai Fotopages ini? Maklum balas dari komuniti amat dihargai, sekurang-kurangnya apabila kita memperkenalkan link kita kepada saudara mara dan kenalan lain, kita tidaklah berasa "malu" disebabkan oleh mungkin (jika ada) "nila setitik" ini. Sad


Waalaikumsalam,

Selamat datang kepada Kak Zain ke alam Fotopages. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini populariti fotopages amatlah menggalakkan sehinggakan ada kawan yg mula belajar guna Internet kerana suka sangat dengan fotopages.

Saya tidak berapa faham maksud suami kakak bagi perkataan "memasarkan diri" tapi saya anggap buat masa ini sebagai nak lariskan diri pada masyarakat ataupun dengan perkataan kurang menyenangkan adalah "nak jual diri". Bagi saya fotopages adalah tempat untuk kita berkongsi gambar yang diambil ataupun tempat kita menonjolkan kreativiti gambar kita, ataupun tempat dimana kita berkongsi kemahiran fotografi ataupun tempat dimana kita rasa untuk share hobi photography bersama dengan ribuan yg lain yg mempunyai hobi ini serta tempat dimana kita boleh jadikan salah satu unsur pendapatan (jual gambar etc.)..

Saya tidak menafikan ada segelintir meletak gambar untuk "menjual diri" tapi peratusannya amat kecil dengan majoriti kita sebanyak 8500 user dan itu tidak menjejaskan keseluruhan fotopages malah ada yang tidak tahu langsung. Jika kakak memberi link kepada sahabat handai untuk melihat laman kakak, saya rasa ia takkan ke page orang yang "jual diri" tetapi akan ke page kakak sahaja. Soal samaada sahabat kakak mahu browse pada page yang lain itu terletak ditangan masing-masing, malah statik menunjukkan ramai yang visit site porno itself jadi mengapa suami kakak risau pada "segelintir orang" yang menjual diri di fotopages? Cuba tanya secara tulus ikhlas ... berapa ramai office mate husband akak yg TAK pernah lawat laman web lucah? Apa yang saya nak kata disini ialah kita sebagai web surfer yang sepatutnya mempunyai etika jati diri supaya dapat menahan diri dari masuk ke site orang yg "menjual diri" Smile
_________________
http://rafi.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Guest






PostPosted: Wed Mar 30, 2005 3:13 pm    Post subject: Reply with quote

Kak Zain,

Kalau masuk fotopages untuk tujuan mencari orang yang "memasarkan diri", maka gambar2 orang yang memasarkan dirilah yang akan di jumpai Wink.

Welcome Big green

http://fazizaid.fotopages.cm
Back to top
zainzubir



Joined: 23 Mar 2005
Posts: 213
Location: Malaysia

PostPosted: Thu Mar 31, 2005 12:21 am    Post subject: Sejauh mana kebenarannya...?? Reply with quote

Selamat Pagi,

Terima kasih kepada Rafi dan guest atas pandangan yang positif. Sekurang-kurangnya sekarang Kak Zain lebih yakin dan tidak "takut-takut" untuk memperkenalkan link akak kepada kenalan dan saudara mara. Yalah, jika ada kebenarannya, berat juga rasanya nak maklumkan link Kak Zain ni...umpama kita maklumkan tempat tinggal kita...di Chow Kit dan di Damansara Heights, kan dua tempat yang mempunyai persepsi yang berbeza? tak gitu? Now, jika tidak pun di Damansara Heights ..setidak-tidaknya kita duduk di taman yang tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti kurang baik...Let's foto/mobblog!!

Warm regards and have a beautiful day ahead,
Kak Zain
_________________
http://zainzubir.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
ambig



Joined: 15 Mar 2004
Posts: 107
Location: Malaysia

PostPosted: Thu Mar 31, 2005 9:16 am    Post subject: Reply with quote

Assalamualaikum

Dalam bab ini, saya rasa saya turut boleh merasakan apa yang mungkin dirasakan oleh suami Kak Zain. Mungkin beliau lebih risau tentang gambar disalahgunakan untuk pihak yang tertentu untuk tujuan yang tertentu. Itu andaian saya kerana saya sendiri tidak boleh meramalkan apa yang bermain dalam fikiran beliau.

Dalam aspek ini, kita sendiri sebagai orang yang uploadkan gambar kenalah berhati-hati. Sebagai admin salah satu portal di Malaysia, saya memang akui bahawa antara aduan yang sering diterima adalah gambar yang diloadkan disalahgunakan oleh orang lain.

Itu adalah satu aspek yang "negatif". Tetapi dari sudut lain pula, banyak yg positifnya. Berdasarkan konsep "sharing", kita boleh berkongsi banyak idea dan pengalaman dengan orang lain. Terpulang pada konsep yang ingin kita bawa. Saya kenal ramai orang yang menuntut dan kerja di luar Malaysia, dan bagi mereka, Fotopages ini sebagai satu medium atau channel untuk mereka berhubung dengan saudara-mara di Malaysia. Dan tidak kurang juga yang menggunakan Fotopages ini untuk memperkenalkan keunikan sesuatu tempat atau sesuatu benda.

Alhamdulillah, selama saya gunakan Fotopages selama setahun ini telah banyak yang saya lalui, dan rata rata saya boleh katakan adalah yang elok belaka.

Sebagaimana yang saya selalu suka katakan, yang penting adalah niat kita. Kalau niat kita dalam melakukan sesuatu itu adalah baik, insyaAllah, kesudahannya adalah baik juga. Apa yang penting adalah kita tahu apa yang kita lakukan adalah benar dan baik. Sememang lumrah manusia, kalau kita lakukan yang baik sekalipun, orang akan tetap beranggapan kita melakukan yang sebaliknya kalau mereka ingin berbuat demikian.

Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan. At least our conscience is clear dan apabila tiba malam, we can sleep with a clear mind and a clear heart.

Tepuk dada tanya selera.

Wassalam.
_________________
http://ambig.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
zainzubir



Joined: 23 Mar 2005
Posts: 213
Location: Malaysia

PostPosted: Thu Apr 28, 2005 11:48 pm    Post subject: Reply with quote

Someone visited my fotopage the other day and left comments.. As usu al, just to show my support to fotoblogger, I clicked on the link provided, and to my astonishment...what my hubby had mentioned was true.. probably a black sheep amongts us good Malaysians. I regretted visiting that particular link...
_________________
http://zainzubir.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
pakuban



Joined: 24 Apr 2005
Posts: 3
Location: Malaysia

PostPosted: Fri Apr 29, 2005 8:23 am    Post subject: Memang ada kebenarannya Reply with quote

Saya pernah serve fotopage sebelum ini...memang ada segelintir yang tidak mementingkan orang lain menodai fotopage ini dengan foto yang tidak sepatutnya berada di fotopage ini. Harap sesuatu dilakukan supaya setiap foto di sahkan sebelum di pamirkan.
_________________
http://pakuban.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
ted



Joined: 19 Apr 2004
Posts: 52
Location: Malaysia

PostPosted: Fri May 06, 2005 1:40 am    Post subject: Reply with quote

[quote:d7ec9f4a3e="zainzubir"]Someone visited my fotopage the other day and left comments.. As usu al, just to show my support to fotoblogger, I clicked on the link provided, and to my astonishment...what my hubby had mentioned was true.. probably a black sheep amongts us good Malaysians. I regretted visiting that particular link... [/quote:d7ec9f4a3e]

jadi? siapakah orangyer itu?
_________________
http://ted.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
zainzubir



Joined: 23 Mar 2005
Posts: 213
Location: Malaysia

PostPosted: Wed May 18, 2005 1:23 am    Post subject: Reply with quote

Lama saya tak mengikti community forum ini. En. Ted telah mengajar saya bagaimana hendak mendelete comments serta link yang kita tidak senangi. Thank you big big Ted, I have deleted "The link" yang saya telah menyesal menvisitnya. Sedikit terlewat dan ada yag telah pergi ke link tersebut via fotopages saya, maafkan saya....

Zain,
K.L.
_________________
http://zainzubir.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
matt2004



Joined: 04 Jan 2004
Posts: 5
Location: Malaysia

PostPosted: Mon Jun 13, 2005 9:42 am    Post subject: Reply with quote

zainzubir wrote:
Thank you big big Ted, I have deleted "The link" yang saya telah menyesal menvisitnya. Sedikit terlewat dan ada yag telah pergi ke link tersebut via fotopages saya, maafkan saya....

Zain,
K.L.


Hello,

Saya cuma nak memberi komen sedikit tentang FP ni (malah juga tentang website website yang sewaktu dengannya).

Sudah menjadi lumrah hidup. Tuhan memberi kemudahan kepada kita, terpulanglah kepada individu bagaimana nak menggunanya. Ada yang gunanya ke jalan yang baik, dan ada pula yang menyalahgunakannya.

Persoalannya disini, kita diberi akal untuk membuat segala keputusan. Kalau akalnya baik, maka baik lah hasilnya. Kita ambil segala yang baik dan buruk itu sebagai pelajaran. Jadi, tidak harus kita menyesal apabila terdedah kepada anasir anasir yang kurang sihat. Itu adalah sebahagian dari lumrah hidup. Apa yang penting disini ialah kita mengambil pelajaran dan kita teruskan dengan amalan yang baik.

Saya bukan ustaz nak memberi ceramah, tetapi kita harus sedar bahawa baik dan jahat silih berganti dan tidak dapat dipisahkan (concept Ying & Yang). Kita harus ada pendirian yang tegas dan tidak mudah kalut apabila menghadapi situasi yang tidak menyenangkan.

"Know your weakness, only then your strength will prevail"
_________________
http://matt2004.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
zainzubir



Joined: 23 Mar 2005
Posts: 213
Location: Malaysia

PostPosted: Tue Jun 14, 2005 10:31 am    Post subject: Reply with quote

Matt2004, terima kasih. Memang benar kita tidak perlu menjadi uztazah atau uztaz dalam ingat mengingati antara satu sama lain. Saya memang support "knowledge sharing" dan percaya semua pendapat disini boleh diterima pakai, mana yang tak boleh diterima pakai kita pertimbangkan sendiri samaada nak dibuang atau dishelf dulu untuk kegunaan bila perlu.. Wink Kita semua dewasa tak gitu??Tapi biarlah jangan kita salah gunakan kedewasaan kita kepada yang memudaratkan, kerana walau apa yang kita lakukan, dalam kontek ini, mengupload sesuatu yang tidak sepatutnya, meskipun tidak terlihat oleh kita yang pasti "Yang Satu" sentiasa memerhatikan. Kekalutan itu biasa dan tidak perlulah kita risau kerana ia cuma hangat seketika,dah memang rasmi bak kata Pak Lah"..hangat2 tahi ayam..."mas a mula2 terserempak dgn such fotopages, kita kalut, kita geram,hingga menghantuk2kan kepala ketiang leterik...lepas tu habihlah....Tapi secara jujur jika sekali lagi ada yg mengunjungi fotopages saya dgn link seumpama sekali lagi saya kan menghantuk2kan kepala ,,kali ni biar berkecai..umpama kata Karam Singh Walia...alang2 selok pekasam..biar sampai kepangkal lengan...eh betul ke nih?? Big green

Have a good evening,
Kak Zain
_________________
http://zainzubir.fotopages.com
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic     General Discussion All times are GMT
Page 1 of 1

 



© Pidgin Technologies Ltd. 2006.


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group